13 December 2011
final around the corner (T-T)
12 December 2011
sahabat dan kawan
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya,
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”
29 November 2011
Salam Maal Hijrah
assalamualaikum semua…
apa khabar semua? semoga semua sihat alhamdulillah semua…dah lama Alang tak update blog..maklum saja la dengan situasi akhir-akhir semester ni,mesti la nak siapkan assignment,siapkan projek dan test dua..huhuhu…pening2
(padan la ngan diri sendiri sbb duk “honey moon” sangat selama ni
)
ok la,rasanya belum terlambat untuk ucap SALAM MAAL HIJRAH 1433H…semoga hari ini lebih baik dari semalam…
k take care everyone…wassalam
16 October 2011
jom hayati...
12 October 2011
no more entry for a while
ape khabar?? Alang dh lama tak update blog sebab jadual semester ni agak pack dan banyak komitmen dengan Persatuan Anak Terengganu, so masa untuk update blog pn makin kurang..tapi kalau nak tahu latest update pasal Alang,boleh tengok kat facebook je.. minggu ni dah mula ujian 1 tapi nasib baik 1 subjek je minggu ni,yang lain semue minggu depan..assgnment pun makin bertingkat-tingkat...harap dapat siap semua tu on time. ok la, nak sambung buat homework pulak...semoge kita bersua lagi...wassalam..
GOOD LUCK TO ALL BP(SP) FOR THE FIRST TEST SOON
29 August 2011
jom hayati lagu ni ….
assalamualaikum semue…
hari ni Alang nak share lagu dari kumpulan UNIC yang bertajuk “Jalan Ku Pulang”. hayati betul-betul dan faham apa mesej yang disampaikan.
ok,selamat mendengar..
wassalam
28 August 2011
kek lapis masam manis
- 250g marjerin
- 150g gula kastor
- 1/2 tin kecil susu pekat
- 5 atau 6 biji telur ( bergantung pd saiz)
- 250g biskut marie yang telah di blend lumat(jd serbuk)
- 1cmca teh baking powder
- 1cmca teh esen vanilla
- pewarna kuning
- pewarna hijau
- gambir (haw flake) secukupnya
- pukul marjerin dan gula smpai kembang
- masukkn telur satu persatu
- masukkan susu pekat dan esen vanilla
- masukkan baking powder
- masukkan biskut marie.
- bahagikan kepada 2 bahagian dan bancuh dengan pewarna hijau dan kuning..
- kukus kek secara berlapis-lapis berserta gambir.setiap lapis dalam 6-7 minit.
*setiap lapisan,4 sudu besar
*lapik dulang kek dengan kertas dan sapu minyak supaya kek x melekat
*alang buat,lapisan pertama warna hijau,bila dh masak letak gambir dulu & bru letak lapisan kuning..ulang smpai habis.
*buka penutup kukusan slps 6-7 minit bg memastikan setiap lapisan benar2 masak.
25 August 2011
baju raya 2011
assalamualaikum semua…
raya dah tak lame lagi..macam mane dengan persediaan raya? semue dah beres ke? ape warna tema korang? warna tema rumah Alang tahun ni,hijau..tak kesah baju macam mane asalkan warne hijau..
dah lame Alang tak update blog ni kn…actually,Alang sibuk menjahit manik dan labuci di baju kurung moden Alang ni..baju ni nampak kosong sangat dan manik yang sedia ada kat bahagian leher je..bila pakai tudung,tak nampak la kan,sebab tu tambah manik sikit…
ni keseluruhan baju..Alang tambah kat bahagian lengan dan bawah baju je..
ni bahagian lengan baju…Alang sulam manik dan riben..
simple je Alang buat dan ni 1st time sulam manik sebab tu tak cantik…huhuhu…
ok la,nk ucap awal-awal…SELAMAT HARI RAYA
17 August 2011
15 August 2011
kuih mek comel
assalamualaikum
ape khabar semua? hari ni Alang nak share resepi kuih mek comel ( nama kat Terengganu) atau orang biasa panggil kuih cik mek molek. Senang je nak buat kuih ni dan memang sedap.
bahan-bahan:
- ubi keledek
- tepung gandum
- gula
- secubit garam
- minyak untuk menggoreng
cara-cara:
- rebus ubi keledek sampai empuk dan kupas kulitnya.
- tumbuk ubi keledek sampai lumat.masa panas lagi senang nak lumat.
- gaulkan ubi keledek dan garam.
- masukkan gandum. (anggaran dalam 1/3 dari jumlah ubi keledek)
- bulatkan adunan dan letakkan gula ditengah-tengah.
- goreng sampai kuning keemasan dan siap untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA
13 August 2011
berbuka di rumah tercinta (^_^)
assalamualaikum..
semalam Alang,Kakak dan sepupu balik Terengganu selepas seminggu duduk di Kuantan…semalam jugak majlis berbuka puasa di Surau Al-Ikhlas yang baru kat area rumah Alang ni..tapi sebab sampai kat rumah dah hampir waktu berbuka so kami berbuka kat rumah je dengan adik beradik yang lain..mak dan ayah je berbuka di surau…
menu berbuka white sauce lasagna,ayam rempah dan sedikit kuih muih…tapi tak ambil gambar sebab beg masih dalam kereta…huhuhu…
yang ni gambar lame,saje nak letak jugaksebab lebih kurang macam ni ,bezanya sos lasagna je…hehehe…
ok selamat berpuase,selamat bersahur,selamat berbuka,selamat beribadat n selamat semuenye
10 August 2011
wordless wednesday #2
08 August 2011
cream puff gebu
السلام عليكم
ape khabar?? macam mane puasa? harap semuanya ok..hari ni Alang nak share resepi krim puff..ni 1st time buat,alhamdulillah menjadi..Alang ambil resepi kat blog Teratak Chetam..bahan-bahan yang digunakan mudah didapati n simple aje..
ni gambar sebelum dibakar dalam oven..
ni pulak masa tengah bakar..semua krim puff duduk himpit-himpit dalam tray tu sebab bila masak,dia akan kembang
ok,jom kita tengok bahan-bahan dan cara nak buat krim puff gebu ni..
Pastry
- 250ml air
- 125g butter
- 150g tepung – diayak
- ¼ st garam
- 1 st gula
- 4 biji telur(Alang guna telur size biasa)
Cara Membuatnya
1. Didihkan air dan butter hingga cair. Kemudian masukkan tepung yang diayak. Gaul sebati hingga adunan tidak melekat di periuk. Angkat dan sejukkan.
2. Bila sejuk pukul sedikit and masukkan telur sebijik sebijik. Bakar 25 minit dgn suhu 200˚C atau sehingga kekuningan.
Custard
- 500ml susu segar
- 100g gula
- 80g tepung custard
Hangatkan susu dan gula atas api sederhana. Masukkan tepung kastard and kacau sehingga pekat.
ok,jumpe lagi lain masa...selamat mencuba
03 August 2011
Wordless Wednesday
assalamualaikum semua…
selamat berpuasa di bulan Ramadhan al Mubarak…semoge kita sentiasa diberkati oleh Allah..jom sama-sama tarbiyah diri kita
Salam Ramadhan Kareem
01 August 2011
Selamat menyambut Ramadhan Kareem
Assalamualaikum semua…
Ramadhan telah kembali …semoge amalan tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini dan penghijrahan dari yang kurang baik ke lebih baik
…Alang tertarik dengan status kawan Alang di facebook ni..
Kemasukan Universiti Sesi 2011...
Tarikh : 1 Ogos 2011
Nama Universiti : Universiti Ramadhan Al-Mubarak
Course wajib : Berpuasa
Course special : Tarawih
Course tambahan : Baca Al-Quran, zikir, solat sunat, sedekah & lain2.
Kelulusan : Ijazah Takwa
Konvo : 1 Syawal
Extra : Tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat master
Course : Puasa 6
selamat berpuasa…jangan ponteng puase dan jangan nakal-nakal…jangan main mercun sbb bahaya tau.. k wassalam…
31 July 2011
Wacana Intelektual Permata
assalamualaikum semue….apa khabar?? moge semua sihat…
dah beberapa hari tak update blog…actually,Alang pergi “Wacana Intelektual Permata” di Permai Hotel anjuran Yayasan Terengganu,Agensi Pembangunan Masyarakat Negeri Terengganu(APMT) dan Persatuan Mahasiswa Negeri Terengganu(PERMATA) pada 27-29 Julai 2011..
kem ni bertujuan mendedahkan kepada mahasiswa/i tentang isu semasa dan apakah peranan mahasiswa dalam membantu membangunkan negara Malaysia. semua slot ceramah,so agak bosan dan sakit pinggang sebab kene duduk dengar ceramah yang hampir 3 jam setiap slot…huhuhu…
Alang duk sebilik ngan Kamsani(course mate kt UPM) dan Aisyah (UMT)…sepanjang kem tu,Alang selalu dengan Kamsani,Aisyah,Tehah(course mate kt UPM jgk) n Kak Ijah (UTM)…dapat kenal ramai jugak kawan-kawan dari universiti lain seperti UUM,UKM,UIA dan macam-macam lagi… ok la,jom layan gambar sepanjang kem tu..
ok,jumpe lagi next entry
24 July 2011
sos ikan bakar
assalamualaikum semua…
ape khabar?? baru-baru ni alang ade masak ikan bakar tapi lupa nak tulis kat blog…resepi ni alang cari kat internet je dengan bantuan encik google alang suka sos ni sebab pedas dan rasa serai…
bahan-bahan :-
- semangkuk cili kering (alang guna lada kisar)
- 5 ulas bawang merah
- 2 batang serai dipotong pendek (alang letak 4)
- 1 inci kunyit hidup
- 1 inci belacan
- 3 sudu besar gula
- 1 sudu teh garam
- 4 sudu minyak masak
- 3 sudu sos tomato
cara-cara :-
- kesemua barang diatas, diblend dan ditumis di dalam kuali.
- agak-agak bahan tumis dah merah kehitaman, masukkan suku cawan air dan 4 sudu besar kicap manis supaya sos tidak terlalu pekat dan mudah untuk dituang ke atas ikan nanti.
- Perahkan 3 biji limau kasturi dan teruskan kacau sekali sekala sehingga masak (naik bau).
- tunggu sos sedikit sejuk dan boleh sapu pada ikan dan perap seketika supaya sos dapat meresap kedalam isi ikan.
- bakar ikan sehingga masak dan hidangkan (alang bakar dalam oven je)
22 July 2011
Pesta Pantun 2011
assalamualaikum semua…
kerajinan nak update blog dah makin susut…huhuhu…ape nak jadi la..kesian encik blog… …
ok,baru-baru ni Alang pergi tengok pertandingan akhir Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2011 di Asrama Semai Bakti,Kuantan,Pahang…alhamdulillah,sekolah ayah Alang jadi wakil negeri Terengganu dan mendapat naib johan setelah tewas dengan pasukan pantun dari negeri Kedah…
amboi-amboi ,semua pemantun dah macam pengantin dengan baju kebaya,bersamping,tengkolok,veils dan mahkota masa malam penutup tu…apa-apapun,tahniah dan syabas buat peserta SMK Bukit Sawa kerana dapat naib johan peringkat kebangsaan…
ok la,insyaAllah alang update lg…wassalam

