29 August 2011

jom hayati lagu ni ….

assalamualaikum semue…

hari ni Alang nak share lagu dari kumpulan UNIC yang bertajuk “Jalan Ku Pulang”. hayati betul-betul dan faham apa mesej yang disampaikan.

ok,selamat mendengar..

wassalam Red heartWinking smileRed heart

Bersyukur hanya padaMu Tuhan Kau tunjukkan laluan ku pulang

kad hari raya

Assalamualaikum semua…

SALAM AIDILFITRI 1432H

MAAF ZAHIR DAN BATIN

kad raye

28 August 2011

kek lapis masam manis

Assalamualaikum readers…
ape kbo??  selamat berpuasa & selamat berpuasa..hari ni Alang nak share resepi kek lapis masam manis yang Alang jual kat kawan-kawan mak..
P1090317
bahan-bahan:
  • 250g marjerin
  • 150g gula kastor
  • 1/2 tin kecil susu pekat
  • 5 atau 6 biji telur ( bergantung pd saiz)
  • 250g biskut marie yang telah di blend lumat(jd serbuk)
  • 1cmca teh baking powder
  • 1cmca teh esen vanilla
  • pewarna kuning
  • pewarna hijau
  • gambir (haw flake) secukupnya
cara-cara:
  1. pukul marjerin dan gula smpai kembang
  2. masukkn telur satu persatu
  3. masukkan susu pekat dan esen vanilla
  4. masukkan baking powder
  5. masukkan biskut marie.
  6. bahagikan kepada 2 bahagian dan bancuh dengan pewarna hijau dan kuning..
  7. kukus kek secara berlapis-lapis berserta gambir.setiap lapis dalam 6-7 minit.

*setiap lapisan,4 sudu besar
*lapik dulang kek dengan kertas dan sapu minyak supaya kek x melekat
*alang buat,lapisan pertama warna hijau,bila dh masak letak gambir dulu & bru letak lapisan kuning..ulang smpai habis.
*buka penutup kukusan slps 6-7 minit bg memastikan setiap lapisan benar2 masak.



selamat mencuba Winking smile

25 August 2011

baju raya 2011

assalamualaikum semua…

raya dah tak lame lagi..macam mane dengan persediaan raya? semue dah beres ke? ape warna tema korang? warna tema rumah Alang tahun ni,hijau..tak kesah baju macam mane asalkan warne hijau..

dah lame Alang tak update blog ni kn…actually,Alang sibuk menjahit manik dan labuci di baju kurung moden Alang ni..baju ni nampak kosong sangat dan manik yang sedia ada kat bahagian leher je..bila pakai tudung,tak nampak la kan,sebab tu tambah manik sikit…

P1090330

ni keseluruhan baju..Alang tambah kat bahagian lengan dan bawah baju je..

P1090325

ni bahagian lengan baju…Alang sulam manik dan riben..

simple je Alang buat dan ni 1st time sulam manik sebab tu tak cantik…huhuhu…

ok la,nk ucap awal-awal…SELAMAT HARI RAYA Winking smile

17 August 2011

wordless Wednesday #3

السلام عليكم

salam 17 Ramadhan 1432H

5980149245_510f04d14c_o

15 August 2011

kuih mek comel

assalamualaikum

ape khabar semua? hari ni Alang nak share resepi kuih mek comel ( nama kat Terengganu) atau orang biasa panggil kuih cik mek molek. Senang je nak buat kuih ni dan memang sedap.

P1090304

bahan-bahan:

  • ubi keledek
  • tepung gandum
  • gula
  • secubit garam
  • minyak untuk menggoreng

cara-cara:

  1. rebus ubi keledek sampai empuk dan kupas kulitnya.
  2. tumbuk ubi keledek sampai lumat.masa panas lagi senang nak lumat.
  3. gaulkan ubi keledek dan garam.
  4. masukkan gandum. (anggaran dalam 1/3 dari jumlah ubi keledek)
  5. bulatkan adunan dan letakkan gula ditengah-tengah.
  6. goreng sampai kuning keemasan dan siap untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBAOpen-mouthed smile

13 August 2011

berbuka di rumah tercinta (^_^)

assalamualaikum..

semalam Alang,Kakak dan sepupu balik Terengganu selepas seminggu duduk di Kuantan…semalam jugak majlis berbuka puasa di Surau Al-Ikhlas yang baru kat area rumah Alang ni..tapi sebab sampai kat rumah dah hampir waktu berbuka so kami berbuka kat rumah je dengan adik beradik yang lain..mak dan ayah je berbuka di surau…

menu berbuka white sauce lasagna,ayam rempah dan sedikit kuih muih…tapi tak ambil gambar sebab beg masih dalam kereta…huhuhu…

P1060735

yang ni gambar lame,saje nak letak jugaksebab lebih kurang macam ni ,bezanya sos lasagna je…hehehe…

ok selamat berpuase,selamat bersahur,selamat berbuka,selamat beribadat n selamat semuenye Open-mouthed smile

10 August 2011

wordless wednesday #2

assalamualaikum semue…

ni gambar kucing yang family Alang pelihara dulu,nama dia KHABIE tapi dah hilang masa tahun 2004 Crying face…lepas tu dah tak bela kucing sebab tak de orang nak jaga kat rumah sebab yang suka kucing semua dah masuk asrama…

I miss Khabie Sad smile

IMG

08 August 2011

cream puff gebu

السلام عليكم

   ape khabar?? macam mane puasa? harap semuanya ok..hari ni Alang nak share resepi krim puff..ni 1st time buat,alhamdulillah menjadi..Alang ambil resepi kat blog Teratak Chetam..bahan-bahan yang digunakan mudah didapati n simple aje..

Image036

ni gambar sebelum dibakar dalam oven..

Image039

ni pulak masa tengah bakar..semua krim puff duduk himpit-himpit dalam tray tu sebab bila masak,dia akan kembang

ok,jom kita tengok bahan-bahan dan cara nak buat krim puff gebu ni..

Pastry

  • 250ml air
  • 125g butter
  • 150g tepung – diayak
  • ¼ st garam
  • 1 st gula
  • 4 biji telur(Alang guna telur size biasa)

Cara Membuatnya
1. Didihkan air dan butter hingga cair. Kemudian masukkan tepung yang diayak. Gaul sebati hingga adunan tidak melekat di periuk. Angkat dan sejukkan.
2. Bila sejuk pukul sedikit and masukkan telur sebijik sebijik. Bakar 25 minit dgn suhu 200˚C atau sehingga kekuningan.

Custard

  • 500ml susu segar
  • 100g gula
  • 80g tepung custard

Hangatkan susu dan gula atas api sederhana. Masukkan tepung kastard and kacau sehingga pekat.

ok,jumpe lagi lain masa...selamat mencuba  Winking smile

03 August 2011

Wordless Wednesday

assalamualaikum semua…

selamat berpuasa di bulan Ramadhan al Mubarak…semoge kita sentiasa diberkati oleh Allah..jom sama-sama tarbiyah diri kita  Winking smile

284611_149863765093195_100002087184301_285465_3970937_n

Salam Ramadhan Kareem

01 August 2011

Selamat menyambut Ramadhan Kareem

Assalamualaikum semua…

Ramadhan telah kembali Winking smile…semoge amalan tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini dan penghijrahan dari yang kurang baik ke lebih baik Thumbs up…Alang tertarik dengan status kawan Alang di facebook ni..

Kemasukan Universiti Sesi 2011...
Tarikh : 1 Ogos 2011
Nama Universiti : Universiti Ramadhan Al-Mubarak
Course wajib : Berpuasa
Course special : Tarawih
Course tambahan : Baca Al-Quran, zikir, solat sunat, sedekah & lain2.
Kelulusan : Ijazah Takwa
Konvo : 1 Syawal
Extra : Tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat master
Course : Puasa 6

tawaran ramadhan

selamat berpuasa…jangan ponteng puase dan jangan nakal-nakal…jangan main mercun sbb bahaya tau.. Angry smile  k wassalam…