31 July 2011

Wacana Intelektual Permata

assalamualaikum semue….apa khabar?? moge semua sihat…

     dah beberapa hari tak update blog…actually,Alang pergi “Wacana Intelektual Permata” di Permai Hotel anjuran Yayasan Terengganu,Agensi Pembangunan Masyarakat Negeri Terengganu(APMT) dan Persatuan Mahasiswa Negeri Terengganu(PERMATA) pada 27-29 Julai 2011..

kem ni bertujuan mendedahkan kepada mahasiswa/i tentang isu semasa dan apakah peranan mahasiswa dalam membantu membangunkan negara Malaysia. semua slot ceramah,so agak bosan dan sakit pinggang sebab kene duduk dengar ceramah yang hampir 3 jam setiap slot…huhuhu…Crying face

Alang duk sebilik ngan Kamsani(course mate kt UPM) dan Aisyah (UMT)…sepanjang kem tu,Alang selalu dengan Kamsani,Aisyah,Tehah(course mate kt UPM jgk) n Kak Ijah (UTM)…dapat kenal ramai jugak kawan-kawan dari universiti lain seperti UUM,UKM,UIA dan macam-macam lagi… ok la,jom layan gambar sepanjang kem tu.. Open-mouthed smile

P1090144

P1090150 

P1090198

P1090199

P1090147

ok,jumpe lagi next entry Winking smile

24 July 2011

sos ikan bakar

assalamualaikum semua…

ape khabar?? baru-baru ni alang ade masak ikan bakar tapi lupa nak tulis kat blog…resepi ni alang cari kat internet je dengan bantuan encik google Open-mouthed smile  alang suka sos ni sebab pedas dan rasa serai…

DSCN1842

bahan-bahan :-

  • semangkuk cili kering (alang guna lada kisar)
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 batang serai dipotong pendek (alang letak 4)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci belacan
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 4 sudu minyak masak
  • 3 sudu sos tomato

cara-cara :-

  1. kesemua barang diatas, diblend dan ditumis di dalam kuali.
  2. agak-agak bahan tumis dah merah kehitaman, masukkan suku cawan air dan 4 sudu besar kicap manis supaya sos tidak terlalu pekat dan mudah untuk dituang ke atas ikan nanti.
  3. Perahkan 3 biji limau kasturi dan teruskan kacau sekali sekala sehingga masak (naik bau).
  4. tunggu sos sedikit sejuk dan boleh sapu pada ikan dan perap seketika supaya sos dapat meresap kedalam isi ikan.
  5. bakar ikan sehingga masak dan hidangkan (alang bakar dalam oven je)

DSCN1845

22 July 2011

Pesta Pantun 2011

assalamualaikum semua…

kerajinan nak update blog dah makin susut…huhuhu…ape nak jadi la..kesian encik blog…Punch …

ok,baru-baru ni Alang pergi tengok pertandingan akhir Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2011 di Asrama Semai Bakti,Kuantan,Pahang…alhamdulillah,sekolah ayah Alang jadi wakil negeri Terengganu dan mendapat naib johan setelah tewas dengan pasukan pantun dari negeri Kedah…

amboi-amboi Flirt male ,semua pemantun dah macam pengantin dengan baju kebaya,bersamping,tengkolok,veils dan mahkota masa malam penutup tu…apa-apapun,tahniah dan syabas buat peserta SMK Bukit Sawa kerana dapat naib johan peringkat kebangsaan…

ok la,insyaAllah alang update lg…wassalam Winking smile

DSCN4217

15 July 2011

suka ria di rumah Alang

assalamualaikum…

apa khabar semue??dh lama Alang x update blog…huhuhu…sori kalau ada yang menunggu entry baru…tp ade ke orang jenguk blog buruk alang ni?? hahaha… ok,kembali pada tajuk entry kali ni,semalam kawan-kawan sekolah menengah datang rumah…saje datang nak kenal rumah Alang…maklum la,rumah Alang jauh dari kawan-kawan sbb tu dulu duduk asrama…thanks Mira,Syaza,Husnul dan Ija t sebab sudi mari rumah Alang…kesian korang sebab sampai terlajak simpang,nasib baik tak sesat…senang je kan nak jumpe rumah Alang.. Winking smile

asalnya dieorang plan nak datang pagi tapi sebab Ijat ade hal,so kene la tunda ke petang..dieorg sampai dalam pukul 3 lebih dan balik dalam pukul 5.30 ptg…hari tu alang buat mee goreng,puding roti dan air buah campuran je… guna bahan-bahan yang ada kat dapur sebab x de transport nak pegi beli bahan-bahan… dieorang ada bawa buah tangan…syaza bawak puding,best sgt..siap mintak resepi lg..mudah je…hanya kuning telur,susu cair,gula dan air…

P1090041

ni pulak,kek yang Mira bawa…rase macam coffee sket..alang suka kek je,topping kurang sket…adik bongsu alang paling suka kek ni…

P1090043

kuih kat bawah ni,husnul dan ijat yang bawak…dieorang mengaku buat sendiri…bleh percaye ke?? hehehe…Smile with tongue out

P1090049

dan yang ni puding roti alang..buruk benor rupenye…huhuhu…kali tersilap buat

manis sikit…Sad smileP1090046

thanks sebab sudi datang rumah…lain kali datang lagi ye…kalau nak datang rumah Alang,bagi tau awal,takut x de kat rumah mase tu…

ok la,sampai kat sini je entry kali ni…wassalam Open-mouthed smile

04 July 2011

BIRTHDAY CAKE (^_^)

assalamualaikum semua…

apa khabar?? semoga ceria selalu… hari tu Alang dah cakap nak tunjuk gambar kek hari lahir Alang baru-baru ni kan… tahun ni,dapat 2 biji kek tapi makan hari lain-lain la…

Image017

ni kek yang pertama…guna sponge mix cake je,Alang buat dengan sepupu dan hiasan tu Alang hias sendiri guna whipped cream…kek ni,kami makan sehari selepas tarikh birthday Alang sebab tak sempat nak siap…hari birthday tu Alang just masak special sikit iaitu ayam sweet sour..

Image007

dan hari ni,kakak Alang buat lagi satu kek..dah memang hobi dia dan masa makan kek kiwi tu,dia tak ade sebab tengah kursus kat Shah Alam…lagi satu,esok kakak dan abang ipar yang belajar kat Czech balik Terengganu..flight dieorang sampai 9.30 pagi esok insyaAllah…semoge semua selamat…Alang dah request nak kek barbie sebelum dia pergi kursus tu…hahahaha..macam budak-budak pulak…Open-mouthed smile dan hasilnya…

tadaa…!!!

DSCN4074

terima kasih ujah sebab buat kek barbie yang comel ni….ok la,jumpe lagi dalam entry lain…wassalam..Red heartSmileRed heart