25 August 2011

baju raya 2011

assalamualaikum semua…

raya dah tak lame lagi..macam mane dengan persediaan raya? semue dah beres ke? ape warna tema korang? warna tema rumah Alang tahun ni,hijau..tak kesah baju macam mane asalkan warne hijau..

dah lame Alang tak update blog ni kn…actually,Alang sibuk menjahit manik dan labuci di baju kurung moden Alang ni..baju ni nampak kosong sangat dan manik yang sedia ada kat bahagian leher je..bila pakai tudung,tak nampak la kan,sebab tu tambah manik sikit…

P1090330

ni keseluruhan baju..Alang tambah kat bahagian lengan dan bawah baju je..

P1090325

ni bahagian lengan baju…Alang sulam manik dan riben..

simple je Alang buat dan ni 1st time sulam manik sebab tu tak cantik…huhuhu…

ok la,nk ucap awal-awal…SELAMAT HARI RAYA Winking smile

17 August 2011

wordless Wednesday #3

السلام عليكم

salam 17 Ramadhan 1432H

5980149245_510f04d14c_o

15 August 2011

kuih mek comel

assalamualaikum

ape khabar semua? hari ni Alang nak share resepi kuih mek comel ( nama kat Terengganu) atau orang biasa panggil kuih cik mek molek. Senang je nak buat kuih ni dan memang sedap.

P1090304

bahan-bahan:

  • ubi keledek
  • tepung gandum
  • gula
  • secubit garam
  • minyak untuk menggoreng

cara-cara:

  1. rebus ubi keledek sampai empuk dan kupas kulitnya.
  2. tumbuk ubi keledek sampai lumat.masa panas lagi senang nak lumat.
  3. gaulkan ubi keledek dan garam.
  4. masukkan gandum. (anggaran dalam 1/3 dari jumlah ubi keledek)
  5. bulatkan adunan dan letakkan gula ditengah-tengah.
  6. goreng sampai kuning keemasan dan siap untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBAOpen-mouthed smile

13 August 2011

berbuka di rumah tercinta (^_^)

assalamualaikum..

semalam Alang,Kakak dan sepupu balik Terengganu selepas seminggu duduk di Kuantan…semalam jugak majlis berbuka puasa di Surau Al-Ikhlas yang baru kat area rumah Alang ni..tapi sebab sampai kat rumah dah hampir waktu berbuka so kami berbuka kat rumah je dengan adik beradik yang lain..mak dan ayah je berbuka di surau…

menu berbuka white sauce lasagna,ayam rempah dan sedikit kuih muih…tapi tak ambil gambar sebab beg masih dalam kereta…huhuhu…

P1060735

yang ni gambar lame,saje nak letak jugaksebab lebih kurang macam ni ,bezanya sos lasagna je…hehehe…

ok selamat berpuase,selamat bersahur,selamat berbuka,selamat beribadat n selamat semuenye Open-mouthed smile

10 August 2011

wordless wednesday #2

assalamualaikum semue…

ni gambar kucing yang family Alang pelihara dulu,nama dia KHABIE tapi dah hilang masa tahun 2004 Crying face…lepas tu dah tak bela kucing sebab tak de orang nak jaga kat rumah sebab yang suka kucing semua dah masuk asrama…

I miss Khabie Sad smile

IMG