08 August 2011

cream puff gebu

السلام عليكم

   ape khabar?? macam mane puasa? harap semuanya ok..hari ni Alang nak share resepi krim puff..ni 1st time buat,alhamdulillah menjadi..Alang ambil resepi kat blog Teratak Chetam..bahan-bahan yang digunakan mudah didapati n simple aje..

Image036

ni gambar sebelum dibakar dalam oven..

Image039

ni pulak masa tengah bakar..semua krim puff duduk himpit-himpit dalam tray tu sebab bila masak,dia akan kembang

ok,jom kita tengok bahan-bahan dan cara nak buat krim puff gebu ni..

Pastry

  • 250ml air
  • 125g butter
  • 150g tepung – diayak
  • ¼ st garam
  • 1 st gula
  • 4 biji telur(Alang guna telur size biasa)

Cara Membuatnya
1. Didihkan air dan butter hingga cair. Kemudian masukkan tepung yang diayak. Gaul sebati hingga adunan tidak melekat di periuk. Angkat dan sejukkan.
2. Bila sejuk pukul sedikit and masukkan telur sebijik sebijik. Bakar 25 minit dgn suhu 200˚C atau sehingga kekuningan.

Custard

  • 500ml susu segar
  • 100g gula
  • 80g tepung custard

Hangatkan susu dan gula atas api sederhana. Masukkan tepung kastard and kacau sehingga pekat.

ok,jumpe lagi lain masa...selamat mencuba  Winking smile

03 August 2011

Wordless Wednesday

assalamualaikum semua…

selamat berpuasa di bulan Ramadhan al Mubarak…semoge kita sentiasa diberkati oleh Allah..jom sama-sama tarbiyah diri kita  Winking smile

284611_149863765093195_100002087184301_285465_3970937_n

Salam Ramadhan Kareem

01 August 2011

Selamat menyambut Ramadhan Kareem

Assalamualaikum semua…

Ramadhan telah kembali Winking smile…semoge amalan tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini dan penghijrahan dari yang kurang baik ke lebih baik Thumbs up…Alang tertarik dengan status kawan Alang di facebook ni..

Kemasukan Universiti Sesi 2011...
Tarikh : 1 Ogos 2011
Nama Universiti : Universiti Ramadhan Al-Mubarak
Course wajib : Berpuasa
Course special : Tarawih
Course tambahan : Baca Al-Quran, zikir, solat sunat, sedekah & lain2.
Kelulusan : Ijazah Takwa
Konvo : 1 Syawal
Extra : Tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat master
Course : Puasa 6

tawaran ramadhan

selamat berpuasa…jangan ponteng puase dan jangan nakal-nakal…jangan main mercun sbb bahaya tau.. Angry smile  k wassalam…

31 July 2011

Wacana Intelektual Permata

assalamualaikum semue….apa khabar?? moge semua sihat…

     dah beberapa hari tak update blog…actually,Alang pergi “Wacana Intelektual Permata” di Permai Hotel anjuran Yayasan Terengganu,Agensi Pembangunan Masyarakat Negeri Terengganu(APMT) dan Persatuan Mahasiswa Negeri Terengganu(PERMATA) pada 27-29 Julai 2011..

kem ni bertujuan mendedahkan kepada mahasiswa/i tentang isu semasa dan apakah peranan mahasiswa dalam membantu membangunkan negara Malaysia. semua slot ceramah,so agak bosan dan sakit pinggang sebab kene duduk dengar ceramah yang hampir 3 jam setiap slot…huhuhu…Crying face

Alang duk sebilik ngan Kamsani(course mate kt UPM) dan Aisyah (UMT)…sepanjang kem tu,Alang selalu dengan Kamsani,Aisyah,Tehah(course mate kt UPM jgk) n Kak Ijah (UTM)…dapat kenal ramai jugak kawan-kawan dari universiti lain seperti UUM,UKM,UIA dan macam-macam lagi… ok la,jom layan gambar sepanjang kem tu.. Open-mouthed smile

P1090144

P1090150 

P1090198

P1090199

P1090147

ok,jumpe lagi next entry Winking smile

24 July 2011

sos ikan bakar

assalamualaikum semua…

ape khabar?? baru-baru ni alang ade masak ikan bakar tapi lupa nak tulis kat blog…resepi ni alang cari kat internet je dengan bantuan encik google Open-mouthed smile  alang suka sos ni sebab pedas dan rasa serai…

DSCN1842

bahan-bahan :-

  • semangkuk cili kering (alang guna lada kisar)
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 batang serai dipotong pendek (alang letak 4)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci belacan
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 4 sudu minyak masak
  • 3 sudu sos tomato

cara-cara :-

  1. kesemua barang diatas, diblend dan ditumis di dalam kuali.
  2. agak-agak bahan tumis dah merah kehitaman, masukkan suku cawan air dan 4 sudu besar kicap manis supaya sos tidak terlalu pekat dan mudah untuk dituang ke atas ikan nanti.
  3. Perahkan 3 biji limau kasturi dan teruskan kacau sekali sekala sehingga masak (naik bau).
  4. tunggu sos sedikit sejuk dan boleh sapu pada ikan dan perap seketika supaya sos dapat meresap kedalam isi ikan.
  5. bakar ikan sehingga masak dan hidangkan (alang bakar dalam oven je)

DSCN1845