Assalamualaikum semue…
apa khabar semue?? semoge sihat semua…
alhamdulillah, tanggal 28 Jun 2011 bersamaan 26 Rejab 1432 H genaplah usia Alang yang ke-20…terima kasih Ya Allah kerana memberi kesempatan bagiku untuk hidup di dunia sementara ini…semoga dikesempatan yang diberi ini,akan mendekatkan lagi diriku dengan mu Ya Allah…
di kesempatan ini juga,jutaan terima kasih buat ayah (Wan Ibrahim bin Wan Hamid) dan mak (Zaleha binti Abidin) kerana telah mendidik dan menjaga Alang selama ini…maaf andai ade tersilap atau membuat mak dan ayah risau tentang Alang sebab sokmo nakal dan degil masa kecil dulu dan alhamdulillah sekarang Alang dah menjejakkan kaki ke universiti…masa berlalu dengan pantas bagai baru semalam habis sekolah rendah…semoga Alang berjaya bergraduat dengan cemerlang,memperoleh pekerjaan dan dapat hantar mak dan ayah pergi ke tanah suci bersama-sama..insyaAllah..
terima kasih kepada semua yang wish hari lahir Alang termasuk adik-beradik,ahli keluarga,cikgu,sahabat-sahabat dan rakan-rakan di facebook…semoga Allah merahmati kita semua dan mempermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat kelak…
alhamdulillah,sempat buat kek hari jadi sendiri dan hias dengan buah dan krim..simple tapi rase puas sebab buat sendiri…nanti Alang upload gambar kek birthday yang Alang buat tu dalam entry lepas ni ye… ok, wassalam..take care
No comments:
Post a Comment