13 December 2011

final around the corner (T-T)

assalamualaikum readers...
apa khabar?? moga semua sihat alhamdulillah..
assignment dah banyak yang beres,presentation pun dah beres jugak, so maknanya final exam dah dekat.
tak sampai sebulan pun lagi.
sekarang 13 Disember 2011, final exam 5 Januari 2012.

banyak lagi nak kena cover...final start 5hb dan habis 12hb. nampak best sebab habis awal tapi tak suke sebab ada 1 hari yang ada 2 paper...kena susun jadual study betul-betul sebab ada subjek yang kena buat study group,ada yang kena hafal and ada jugak yang nk kena fokus dalam keadaan senyap.

asalnya plan nak balik rumah masa study week tapi ayah tak izinkan sebab suruh guna waktu belajar sebaik mungkin..huhuhu.. baik ayah..Alang balik lepas habis final exam..maybe 14hb Januari 2012..

ok la..bittaufiqwannajah semua ..
jumpe lagi..
wassalam (^_^)

12 December 2011

sahabat dan kawan

                       assalamualaikum semua...

entry kali ni pasal sahabat dan kawan. mungkin nampak sama tapi sebenarnya amat berbeza. Hanya diri sendiri yang dapat menilainya.


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya,


“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”


1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, dan jika dia menghulurkan tangan untuk memberi jasa kepadamu pula, dia tidak akn mengungkit akannya .

3 –  jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya)  dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


akan ku usaha untuk mencapai taraf sahabat..insyaAllah... wassalam ..

29 November 2011

Salam Maal Hijrah

assalamualaikum semua…

apa khabar semua? semoga semua sihat alhamdulillah semua…dah lama Alang tak update blog..maklum saja la dengan situasi akhir-akhir semester ni,mesti la nak siapkan assignment,siapkan projek dan test dua..huhuhu…pening2 Confused smile Sick smile (padan la ngan diri sendiri sbb duk “honey moon” sangat selama ni Sad smile )

ok la,rasanya belum terlambat untuk ucap SALAM MAAL HIJRAH 1433H…semoga hari ini lebih baik dari semalam…

salam-maal-hijrah

k take care everyone…wassalam

22

16 October 2011

jom hayati...

assalamualaikum semue…
hari ni Alang nak share lagu dari kumpulan UNIC yang bertajuk
 “Jalan Ku Pulang”. hayati betul-betul dan faham apa mesej yang disampaikan.
ok,selamat mendengar..
wassalam
Bersyukur hanya padaMu Tuhan Kau tunjukkan laluan ku pulang

12 October 2011

no more entry for a while

assalamualaikum readers...
ape khabar?? Alang dh lama tak update blog sebab jadual semester ni agak pack dan banyak komitmen dengan Persatuan Anak Terengganu, so masa untuk update blog pn makin kurang..tapi kalau nak tahu latest update pasal Alang,boleh tengok kat facebook je.. minggu ni dah mula ujian 1 tapi nasib baik 1 subjek je minggu ni,yang lain semue minggu depan..assgnment pun makin bertingkat-tingkat...harap dapat siap semua tu on time. ok la, nak sambung buat homework pulak...semoge kita bersua lagi...wassalam..

GOOD LUCK TO ALL BP(SP) FOR THE FIRST TEST SOON