13 August 2011

berbuka di rumah tercinta (^_^)

assalamualaikum..

semalam Alang,Kakak dan sepupu balik Terengganu selepas seminggu duduk di Kuantan…semalam jugak majlis berbuka puasa di Surau Al-Ikhlas yang baru kat area rumah Alang ni..tapi sebab sampai kat rumah dah hampir waktu berbuka so kami berbuka kat rumah je dengan adik beradik yang lain..mak dan ayah je berbuka di surau…

menu berbuka white sauce lasagna,ayam rempah dan sedikit kuih muih…tapi tak ambil gambar sebab beg masih dalam kereta…huhuhu…

P1060735

yang ni gambar lame,saje nak letak jugaksebab lebih kurang macam ni ,bezanya sos lasagna je…hehehe…

ok selamat berpuase,selamat bersahur,selamat berbuka,selamat beribadat n selamat semuenye Open-mouthed smile

10 August 2011

wordless wednesday #2

assalamualaikum semue…

ni gambar kucing yang family Alang pelihara dulu,nama dia KHABIE tapi dah hilang masa tahun 2004 Crying face…lepas tu dah tak bela kucing sebab tak de orang nak jaga kat rumah sebab yang suka kucing semua dah masuk asrama…

I miss Khabie Sad smile

IMG

08 August 2011

cream puff gebu

السلام عليكم

   ape khabar?? macam mane puasa? harap semuanya ok..hari ni Alang nak share resepi krim puff..ni 1st time buat,alhamdulillah menjadi..Alang ambil resepi kat blog Teratak Chetam..bahan-bahan yang digunakan mudah didapati n simple aje..

Image036

ni gambar sebelum dibakar dalam oven..

Image039

ni pulak masa tengah bakar..semua krim puff duduk himpit-himpit dalam tray tu sebab bila masak,dia akan kembang

ok,jom kita tengok bahan-bahan dan cara nak buat krim puff gebu ni..

Pastry

  • 250ml air
  • 125g butter
  • 150g tepung – diayak
  • ¼ st garam
  • 1 st gula
  • 4 biji telur(Alang guna telur size biasa)

Cara Membuatnya
1. Didihkan air dan butter hingga cair. Kemudian masukkan tepung yang diayak. Gaul sebati hingga adunan tidak melekat di periuk. Angkat dan sejukkan.
2. Bila sejuk pukul sedikit and masukkan telur sebijik sebijik. Bakar 25 minit dgn suhu 200˚C atau sehingga kekuningan.

Custard

  • 500ml susu segar
  • 100g gula
  • 80g tepung custard

Hangatkan susu dan gula atas api sederhana. Masukkan tepung kastard and kacau sehingga pekat.

ok,jumpe lagi lain masa...selamat mencuba  Winking smile

03 August 2011

Wordless Wednesday

assalamualaikum semua…

selamat berpuasa di bulan Ramadhan al Mubarak…semoge kita sentiasa diberkati oleh Allah..jom sama-sama tarbiyah diri kita  Winking smile

284611_149863765093195_100002087184301_285465_3970937_n

Salam Ramadhan Kareem

01 August 2011

Selamat menyambut Ramadhan Kareem

Assalamualaikum semua…

Ramadhan telah kembali Winking smile…semoge amalan tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini dan penghijrahan dari yang kurang baik ke lebih baik Thumbs up…Alang tertarik dengan status kawan Alang di facebook ni..

Kemasukan Universiti Sesi 2011...
Tarikh : 1 Ogos 2011
Nama Universiti : Universiti Ramadhan Al-Mubarak
Course wajib : Berpuasa
Course special : Tarawih
Course tambahan : Baca Al-Quran, zikir, solat sunat, sedekah & lain2.
Kelulusan : Ijazah Takwa
Konvo : 1 Syawal
Extra : Tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat master
Course : Puasa 6

tawaran ramadhan

selamat berpuasa…jangan ponteng puase dan jangan nakal-nakal…jangan main mercun sbb bahaya tau.. Angry smile  k wassalam…